Selangor Buat Tawaran Baru Empat Syarikat Konsesi Air

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor membuat tawaran terbaru kepada empat syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abass Sdn Bhd (ABBAS) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri menawarkan pengambilalihan 100% saham syarikat itu pada harga RM64.62 sesaham untuk Puncak Niaga; RM20.78 sesaham untuk Syabas; RM5.95 untuk SPLASH dan RM9.39 untuk ABBAS. "Tawaran ini termasuk pengambilalihan semua aset syarikat dan liabiliti.

"Semua pekerja dan kakitangan syarikat juga terlibat dalam pengambilalihan ini, " katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Khamis.

Beliau berkata, nila-nilai yang ditawarkan ini dibuat melalui proses yang teliti oleh firma audit profesional mengikut piawaian sekuriti antarabangsa. "Pengambilaihan ini akan melibatkan pemindahan aset air negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), selaras dengan dasar air kebangsaan dan amalan di negara-negara lain. "Oleh itu, kerajaan Selangor berpendapat tawaran ini adil dan wajar untuk pengambialihan syarikat sejajar dengan komitmen kami untuk mengambil alih semua set dan tanggung jawab syarikat," katanya.

Jelasnya, pengambilalihan tersebut akan memberi pulangan yang adil kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat terlibat.

"Dokumen-dokumen tawaran kepada kedua-dua syarikat ini dihantar hari ini.

"Dokumen ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut piawaian antarabangsa dan memenuhi keperluan Suruhanjaya Sekuriti (SC). "Perlu ditekankan bahawa salah satu fasal yang terpenting dalam dokumen ini adalah fasal yang menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara ini ke Timbangtara Antarabangsa (International Arbitration) jika tidak setuju dengan harga yang ditawarkan," katanya.

Ini kerana, Abdul Khalid berkata, Timbangtara Antarabangsa tidak mempunyai kepentingan dalam industri air tempatan oleh itu mereka boleh membuat membuat keputusan bebas dan adil serta mengikut nilai pasaran yang perlu dipersetujui Kerajaan negeri dan syarikat konsesi.

"Kerajaan Selangor terlebih dahulu telah memaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan berhubung tawaran ini dan mengharapkan syarikat-syarikat ini memberikan kerja sama termasuk merujuk perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa sekiranya tidak bersetuju dengan harga terakhir yang ditawarkan.

"Namun, Kerajaan Pusat tidak setuju dengan kaedah yang dicadangkan ini," katanya.

Beliau berkata dokumen tersebut telah mengiktirafkan aset air di Selangor bernilai lebih RM10 billion yang tidak pernah diambil kira oleh kerajaan negeri terdahulu ketika bersetuju kepada perjanjian penswastaaan. "Kerajaan Selangor sekali lagi menegaskan pendekatan ini dilakukan berpandukan kepada Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 dan dasar air kebangsaan- bahawa industri perkhidmatan air yang sekarang ini berpecah-pecah, perlu disatukan dan diuruskan secara holistik oleh kerajaan negeri. "Penstrukturan semula industri air dan masalah yang timbul berkaitan isu ini membuktikan penswastaan industri perkhidmatan air di negeri ini telah gagal.

"Siri rundingan dan tawaran ini menunjukkan komitmen kami untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan