MB Selangor Hadir Majlis Angkat Sumpah Khusrin Tanpa Rela

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSAIN SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya yang sebelum ini bertegas enggan menghadiri majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Khusrin Mohamad Munawi akhirnya muncul di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini, Khamis.

Abdul Khalid tiba dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, kehadiran beliau adalah sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setianya dan seluruh barisan Exco Kerajaan Negeri terhadap Sultan Selangor dan Raja Muda.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam terhadap pentadbiran ini.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian yang bijaksana," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media di sini.

Beliau sekali lagi menegaskan, bahawa kerajaan negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dalam soal perlantikan ini.

"Kita juga telah memberi maklum kepada baginda bahawa Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusu dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

"Tindakan ini sekaligus menolak dakwaan pihak-pihak tertentu yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Sebaliknya, Abdul Khalid menegaskan bahawa kerajaan negerilah yang akan mengembali dan mempertahankan kuasa Sultan dan negeri yang terhakis sejak 1993 kesan daripada krisis Perlembagaan.

Pada majlis angkat sumpah Khusrin hari ini baginda turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran, Datuk Setia - Sultan Sharifuddin Idris Shah (S.S.I.S), Darjah Kelas Pertama kepada Duli Yang Mulia Raja Muda Selangor.

Selain itu, baginda turut melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Turut dilantik sebagai Ahli Jaksa Pendamai Selangor ialah Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye dan Puan Sri Thamayanti Devi Ampilaipakan, pelantikan Khusrin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor serta Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan