Lebih 100 Ahli Pas Di Sik Sertai Umno

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIK: Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.

"Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.

"Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13 nanti jika keadaan ini berterusan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan