Lagi Peguam Akur Pelantikan SUK Selangor Hak SPA

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak harus dipertikaikan lagi kerana memang haknya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, kata seorang peguam.

Pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin berkata undang-undang itu, selain tidak menyatakan pelantikan tersebut perlu dirujuk kepada Menteri Besar, Fasal 1 dan 2 Perkara 52 mensyaratkan ia mesti dilakukan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang relevan, beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Bekas Ketua Unit Pendakwaan Selangor itu berkata, dalam situasi negeri Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhak membuat pelantikan kerana jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri datang daripada waran kerajaan Persekutuan iaitu jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.

"Jadi, yang relevan ialah SPA. Walaupun tidak dinafikan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, namun ia bukan suruhanjaya yang relevan dalam pelantikan ini. Jadi, suruhanjaya negeri tak boleh meletak pegawai dari perkhidmatan mereka untuk jawatan SUK itu.

"Jadi, apa yang berlaku ialah SPA mencalonkan tiga nama dan dipersembah kepada Ketua Eksekutif Selangor, iaitu Sultan Selangor yang termaktub di bawah undang-undang Perkara 50 yang menyatakan 'the executive authority of the state shall be the Royal Highness'." katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Salehuddin berkata Sultan Selangor juga dinasihati Penasihat Undang-undang Negeri bagi mematuhi prosedur lantikan berkenaan.

Beliau berkata pertikaian timbul apabila ada tanggapan dan salah faham bahawa Ketua Eksekutif negeri terletak kepada Menteri Besar.

Katanya, memang pelaksanaannya (eksekutif) terletak kepada Menteri Besar dan exco sebagai eksekutif pentadbiran, tetapi kuasa eksekutif asalnya datang dari Sultan.

Jadi, sebagai ketua eksekutif negeri, SPA yang mahu melantik SUK yang baru secara konvensyen menyerahkan nama calon untuk Sultan Selangor memperkenannya, kata beliau.

Dua lagi jawatan yang tertakluk di bawah undang-undang berkenaan ialah Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Jadi, Sultan memilih satu nama dan lantikan itu oleh SPA. Jadi tidak timbul soal Sultan Selangor melantik (SUK)," katanya.

Menyentuh mengenai majlis mengangkat sumpah taat setia Mohd Khusrin kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan pada Khamis, Salehuddin berkata SUK yang baru dilantik juga wajib mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depan Menteri Besar seperti yang termaktub dalam Fasal 3 Peruntukan 52.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan undang-undang itu tidak menunjukkan bahawa kuasa lantikan terletak di tangan Menteri Besar.

Beliau berkata SUK wajib hadir pada mesyuarat exco, tetapi perlu mengangkat sumpah terlebih dahulu dan tiada tempoh masa diberikan dalam peruntukan undang-undang, namun pada kebiasaannya, SUK perlu menghadiri mesyuarat itu.

"Bagi saya, apabila lantikan dibuat, prosedur perlu diurus untuk angkat sumpah di depan MB, sepatutnya ia satu formaliti, dia (SUK) ada hak di bawah undang-undang maka perlu diberi ruang untuk angkat sumpah," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan