Gangguan Air Di Pasir Puteh Dan Tanah Merah

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Beberapa kawasan di dua daerah, iaitu Pasir Puteh dan Tanah Merah bakal mengalami gangguan bekalan air bermula pada Khamis sehingga Selasa ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata gangguan bekalan air di daerah ini berikutan kelodak pasir telah tersekat di muka sauk loji rawatan air Wakaf Bunut di sini manakala gangguan air di daerah Tanah Merah berpunca apabila paip utama yang menghubungkan loji rawatan air Kemahang pecah malam Rabu.

"Hujan lebat yang melanda negeri ini sejak malam semalam telah menyebabkan pasir dan kelodak yang dibawa arus tersekat di loji rawatan air di Wakaf Bunut yang menjadi punca penyaluran air terjejas.

"Kerja-kerja pencucian kini sedang giat dilaksanakan di muka sauk itu sehingga kelodak serta pasir yang tersumbat dapat dibersihkan sepenuhnya manakala di Tanah Merah, operasi di loji rawatan air Kemahang terpaksa dihentikan kerana paip utama yang menghubungkan loji tersebut ke tangki Kemahang telah pecah dan sehingga kini kerja-kerja pembaikian paip sedang dilaksanakan," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.

Beliau berkata antara kawasan yang terjejas di daerah ini adalah sekitar bandar Pasir Puteh, Sri Aman, Kampung Jelor, Kampung Kulim dan Kampung Sungai Petai.

Kawasan terjejas di daerah Tanah Merah melibatkan Batu 10, Batu 11, Batang Merbau, Batu Gajah, Kemahang 1, 2, 3 serta sekitar Taman Ayuni," katanya.

Hazwan berkata gangguan air di daerah ini yang bermula pukul 7 pagi tadi dijangka pulih secara berperingkat sehingga Rabu depan bergantung kepada keadaan cuaca manakala di daerah Tanah Merah gangguan dijangka pulih lewat malam ini selepas kerja pembaikian paip selesai.

Beliau berkata untuk sebarang pertanyaan boleh mengubungi AKSB di talian 1300-88-2572. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan