Dua Lagi Syarikat Pembungkusan Minyak Disiasat Dipercayai Seleweng Bekalan

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lagi syarikat pembungkusan minyak masak kini disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana disyaki menyeleweng pengeluaran bekalan bahan itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kini enam syarikat sedang disiasat berikutan kegiatan mereka yang mencurigai berikutan kekurangan bekalan minyak di pasaran.

Kementerian itu juga telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk menyiasat perkara itu, dan mereka yang terlibat boleh didenda sehingga maksimum RM250,000 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pembungkusan minyak masak Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd di Bandar Tun Razak di sini, Khamis.

Beliau berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil dari kementerian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ismail Sabri berkata pihaknya juga akan mencadangkan kepada MPOB supaya lesen syarikat yang terlibat dalam penyelewengan minyak itu ditarik balik berikutan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan bekalan di pasaran tidak mencukupi permintaan.

Sejak dua minggu lalu, beberapa negeri di seluruh negara mengalami masalah kekurangan stok minyak masak, terutama minyak masak yang dibungkus hingga menyebabkan kebimbangan pengguna bahawa harganya akan naik sebelum musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai kenaikan harga bawang sebanyak 50 peratus sejak awal tahun ini, beliau berkata ia tidak dapat dielakkan kerana kerajaan tidak mengawal harga bahan itu kerana ia diimport, terutama dari India.

"Harga bawang ini bergantung kepada harga yang ditetapkan oleh pengeluar di India yang juga berkait dengan keluaran hasil tanaman di sana, dan beberapa kawasan di India kini sedang dilanda banjir sehingga menyebabkan tanaman bawang rosak dan menjejaskan jumlah yang diimport," katanya.

Ismail Sabri berkata kawasan seperti Andhra Pradesh dan Karnataka kini menerima taburan hujan yang tinggi sehingga kawasan itu dinaiki air. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan