Bekas SUK Yakin Dengan Kemampuan Mohamed Khusrin

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Ramli Mahmud yakin penggantinya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi mampu menggalas tugasnya dengan baik.

"Saya yakin beliau boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Insya-Allah beliau boleh... tiada masalah," katanya kepad pemberita selepas majlis angkat sumpah taat setia sebagai SUK Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini, Khamis.

Ini merupakan reaksi pertama daripadanya yang baru dilantik sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor sebagai mengulas pelantikan Mohamed Khusrin.

Sementara itu, Mohamed Khusrin terus mengelak daripada mengulas kontroversi yang melanda pelantikannya.

Sebaliknya beliau meminta wartawan bertanya terus kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya tiada sebarang ulasan... itu kena tanya Menteri Besar," katanya.

Terdahulu dalam titahnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor adalah mengikut peraturan-peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan