Negeri Melayu Tak Bersekutu Sahaja Yang Berhak Lantik Pegawai Tinggi Negeri

Diterbitkan: Rabu, 5 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah sahaja yang berhak melantik pegawai perkhidmatan awam divisyen tinggi.

Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) terbabit boleh melantik tiga jawatan tinggi iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Katanya, keadaan ini berbeza bagi SPN di bawah negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan berkenaan kerana kuasa eksekutif itu tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya lebih peka tentang perkara ini dan berhenti mempersoalkan pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Ahmad Atory turut menegaskan, hasrat menteri besar itu meminda perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Selangor melantik jawatan tersebut pula hanya akan mengakibatkan krisis undang-undang yang lebih teruk.

Jelas beliau, mengikut perkara Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri, sebarang usaha untuk meminda perlembagaan negeri akan terbatal dengan sendirinya jika ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan