Keluarga Mahu Keputusan Inkues Teoh Beng Hock Disemak Semula

Diterbitkan: Rabu, 5 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, ia akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini.

"Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

"Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana Teoh tidak cedera ketika beliau ke pejabat SPRM, dan mendiang tidak pernah meninggalkan pejabat SPRM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Azmil yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh, berkata ia adalah satu keputusan terbuka.

Ibu Teoh, Teng Shuw Hor meminta SPRM bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anaknya.

"SPRM yang membawa anak saya pergi sana (pejabat SPRM) dan dia pergi ke sana dalam keadaan baik, tetapi saya mendapat tahu dia telah mati. Oleh itu saya mahukan keadilan dan SPRM perlu memberi penjelasan mengapa anak saya mati," katanya.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan pula berkata keluarga menunggu hampir dua tahun keputusan mahkamah berhubung kematian mendiang, namun ia tidak menyatakan sama ada mangsa telah atau disebabkan bunuh diri.

Beliau yang tidak dapat mengawal perasaan, menangis sebelum menjerit dan mendakwa bahawa kematian abangnya belum terbela.

Sementara itu, peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa berkata, pihaknya akan meneliti keputusan mahkamah sebelum mengambil tindakan, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar pula akan mendapatkan arahan kerajaan negeri Selangor selanjutnya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung kematian Teoh.

Sementara itu, suasana di perkarangan mahkamah sesak dengan jurugambar dan pemberita seawal 12 tengah hari. Kira-kira 40 individu berkemeja T hitam tertera ayat 'Kami Menyokong Beng Hock' dengan bunga daisi putih di poket dan membawa kain rentang 'Keadilan Untuk Beng Hock', turut memenuhi ruang legar mahkamah untuk memberi sokongan kepada keluarga mendiang.

Empat anggota keluarga Teoh iaitu Leong Hwee (bapa), Teng, Meng Kee (abang) dan Lee Lan tiba di mahkamah pada 2 petang dan mereka menjadi tumpuan lensa jurugambar, terutama ibunya yang memeluk gambar mendiang.

Turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas majikan Teoh iaitu anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah dan anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan