Bekas Ketua Umno Rompin Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 5 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin, Abdul Mahat Atan maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta di jalan Pintasan Kuantan-Gebeng dekat Semambu, semalam.

Ketua Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pada 5.45 petang itu, Abdul Mahat, 49, sedang dalam perjalanan dari arah pelabuhan ke bandar Kuantan.

Bagaimanapun katanya, kereta mangsa tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun yang datang dari arah bertentangan.

"Kereta yang dipandu pemuda terbabit dipercayai terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa katanya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada, manakala pemuda terbabit yang cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan