Abdul Khalid Hadir Dengar Keputusan Inkues Teoh Beng Hock

Diterbitkan: Rabu, 5 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hadir di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu untuk mendengar keputusan prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock.

Beliau tiba di mahkamah pada pukul 3.10 petang, iaitu beberapa minit selepas Koroner Azmil Muntapha Abas mula membacakan keputusannya.

Selain itu, turut berada di mahkamah ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , termasuk majikan Teoh, Ean Yong Hian Wah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

Keluarga Teoh, iaitu bapanya, Teoh Leong Hwee, 64, ibu, Teng Shun Hor, 57, abang Beng Kee, 34, dan adiknya, Lee Lan, 30.

Pada prosiding itu, mereka diwakili oleh peguam-peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo manakala kerajaan Selangor diwakili peguam-peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi mangsa tohmahan dalam kematian Teoh pula diwakili oleh Ketua Unit Pendakwaannya, Datuk Abdul Razak Musa.

Peguam Salim Bashir pula bertindak sebagai peguam pemerhati untuk Ean manakala Majlis Peguam turut menghantar wakil iaitu Peguam Rajpal Singh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan