Star Umum Pelantikan Timbalan Pengerusi Eksekutif Baru

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Star Publications (Malaysia) Bhd pada Isnin telah melantik Datuk Vincent Lee Fook Long sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutifnya yang baru berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pihak syarikat turut mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasinya, Ho Kay Tat sebagai pengarah eksekutif yang baru.

Vincent Lee yang sebelum ini menyandang jawatan pengarah bukan eksekutif, mengantikan Datuk Clement Hii Chii Kok yang telah tamat kontrak.

Beliau yang memiliki pengalaman dalam industri media dan pengiklanan menyertai lembaga pengarah Star pada Mei 2010.

Manakala Ho Kay Tat pula menyertai Star Julai lalu daripada The Edge Communications Sdn Bhd, yang mana beliau berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan dan pernah menyandang jawatan pengarah urusan.

Selain Lee dan Ho, lain-lain anggota pengurusan kanan Star Publications termasuklah Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Linda Ngiam; Pengarah Eksekutif/Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Pengarah Eksekutif, Tan Sri Kamal Mohamed Hashim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan