Sidang Tergempar DUN Selangor Sebelum Akhir Bulan Ini

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor akan diadakan sebelum akhir bulan ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pindaan rang undang-undang itu bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tapi kita masih belum anggap ia sah kerana belum angkat sumpah dihadapan Menteri Besar dan Exconya.

"Dalam pertemuan hari ini kita bersetuju supaya majlis angkat sumpah kerahsiaan SUK akan ditunda sehingga keputusan dalam sidang DUN diterima," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Bangunan Annex, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini Selasa.

Abdul Khalid berkata beliau dan barisan exconya mempunyai tempoh selama tiga minggu untuk membuat persediaan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.

"Saya telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan untuk membincangkan semula mengenai pelantikan SUK.

"Kita ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di Selangor," katanya.

Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah SUK yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang dijadualkan berlangsung Khamis ini.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chai Kim optimis dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempeorleh majoriti dua pertiga bagi meminda pindaan negeri dalam memberikan kuasa lantikan tiga pegawai eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pakatan Rakyat kini mempunyai undi majoriti apabila memiliki 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

"Soal dua pertiga yang diperlukan tidak harus dianggap mudah walaupun Pakatan ada 35 kerusi. Malah dalam laporan media, ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata Barisan Nasional akan menyokong peruntukan kuasa diberi kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Jika begitu Pakatan Rakyat akan menerima sokongan 100 peratus. Namun ia masih terlalu awal kerana kita perlu tunggu rang undangi-undang yang dibentangkan. Jangan buat spekulasi yang meruncingkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan