Sesi Permulaan Semester IPTA Tahun Ini Disahkan Bermula Awal September - Menteri KPT

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Selasa mengumumkan kalendar baru kemasukan sesi akademik bagi kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara yang akan bermula pada minggu pertama bulan September.

Keputusan untuk mengubah waktu sesi kemasukan baru ke IPTA ini dibuat selaras dengan pelaksanaan fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang telah pun bermula pada 1 Januari baru-baru ini.

Pelaksanaan fasa kedua PSPTN ini akan mengambil tempoh selama lima tahun iaitu sehingga 31 Disember 2015.

Dalam fasa pengukuhan ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kata Khaled akan melakukan transformasi pengajian tinggi negara dengan menyelaras permulaan semester pengajian IPTA secara berperingkat daripada Jun-Julai ke bulan September bermula sesi pengajian 2011/12 dan dijangka beralih sepenuhnya menjelang sesi pengajian 2013/2014.

Tarikh asal sesi akademik bagi tahun ini adalah pada minggu ke-4 Julai (25 Julai 2011) bagi sesi orientasi dan pendaftaran pelajar lama (tahun dua hingga empat) bermula pada minggu pertama Ogos 2011 (1 Ogos 2011).

Walau bagaimanapun, kata Khaled, dengan mengambil kira pandangan IPTA mengenai tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos 2011 (4 minggu kuliah), KPT telah menetapkan agar IPTA memulakan sesi pendaftaran pelajar baru kepada minggu pertama September 2011.

Bagi pelajar lama, KPT memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar-pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru tersebut.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan