Pindaan Perlembagaan Selangor Boleh Dilakukan Secara Retrospektif

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim berkata sebarang cadangan pindaan perlembagaan negeri itu dalam memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik jawatan utama kerajaan negeri boleh dilakukan secara retrospektif.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, keputusan tersebut bakal memberi kesan kepada pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih terlalu awal untuk dinyatakan ekoran kerana beliau masih belum menerima sebarang representasi secara rasmi daripada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cadangan untuk memanggil sidang dewan tergempar seperti dimaklumkan semalam.

"Jika rang undang-undang yang dinyatakan bahawa pindaan itu berkuat kuasa 1 Januari, 2011 maka ia menjadi retrospektif dan jika ia mempunyai kesan retrospektif maka ia akan memberi kesan kepada perlantikan setiusaha kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Selasa.

Beliau sebarang sidang tergempar boleh diadakan dalam tempoh 24 jam dan ia tidak memerlukan perkenan Sultan bagi mengadakannya.

Menurut Teng, mengikut peraturan tetap DUN Selangor dewan boleh diadakan serta merta jika ia mempunyai kepentingan awam.

"Jika dalam masa Dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada Tuan Speaker, iaitu, bagi kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat diadakan lebih awal daripada masa yang Dewan telah ditangguhkan, Tuan Speaker hendaklah memberitahu dengan serta-merta perkara itu dan Dewan hendaklah bermesyuarat pada masa yang dinyatakan dalam pemberitahu itu.

"Urusan perkara mesyuarat pada hari itu hendaklah ditetapkan oleh Menteri Besar dan pemberitahu mengenainya hendaklah dipekelilingkan tidak lewat dari masa itu," katanya. Bagaimanapun Teng menegaskan, sebarang tindakan untuk menentukan sidang tergempar itu masih belum boleh dilakukan memandangkan representasi usul belum dikemukakan menteri besar.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada mesyuarat tergempar itu akan diadakan berikutan pelantikan (dia) Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru atau berkaitan dengan perkara lain.

"Saya masih belum melihat representasi usul yang dikemukakan kerana saya masih bercuti sehingga hujung minggu ini," katanya.

Katanya, sebarang pindaan perlembagaan rang undang-undang perlu digazetkan dalam tempoh 14 hari untuk dibentangkan, malah sebarang pindaan itu memerlukan 2/3 undi dalam dewan.

Namun menurut Teng, perkara tersebut bukan dibawah bidang kuasanya dan hanya berkuasa untuk membentangkan pindaan tersebut.

"Jika menerima 2/3 undi majoriti ia akan diluluskan jika tidak ia sebaliknya. Namun kita tidak boleh jangka usul meminda itu ditolak kerana menteri besar berjaya yakinkan wakil pembangkang untuk menerima usul tersebut," katanya.

Kini Pakatan Rakyat mempunyai 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Ketika ditanya sama Khusrin boleh dipecat apabila DUN mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap pelantikannya, Teng berkata "Mengikut perundangan Malaysia beliau tidak boleh dipecat kerana merupakan ex-officio. Dalam sebab-sebab yang normal usul undi tidak percaya ke atas pegawai kerajaan yang dilantik berlaku apabila seseorang melakukan kesalahan.

"Jika dewan boleh diyakinkan melalui undi tidak percaya itu, maka usul boleh diterima, jika tidak sebaliknya. "Usul undi tidak percaya hanya biasa dan memerlukan tempoh 14 hari untuk dibentangkan dalam dewan," jelas beliau.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan