Pertemuan Dengan Agong Dan Najib Tiada kaitan Politik: Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada kaitan dengan isu politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

"Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku," katanya dalam satu kenyataan empat perenggan bagi mengelak kekeliruan yang timbul ekoran laporan akhbar hari ini bahawa pertemuan itu antara lain berkisar ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap," katanya.

Nik Aziz berkata bahawa sewaktu beliau berada di hospital USM, beliau telah dikunjungi oleh Abdullah yang membawa titah Tuanku Mizan meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya.

Nik Aziz menyeru media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan menghentikan seberang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

"Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan