Ungku Salleh Ketua Pemuda Selangor Yang Baru

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Salleh Ungku Jamal dilantik sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuatkuasa serta merta.

Portal Umno-online.com melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai berkata perubahan berkenaan hanya membabitkan Ketua Pemuda negeri berkenaan manakala barisan pegawai termasuk Naib Ketua Pemuda negeri serta barisan jawatankuasa yang lain masih tidak berubah.

Ungku Salleh menggantikan Suhaimi Mohd Gazali yang memimpin Pemuda Umno Selangor selama hampir dua tahun.

Khairy dilaporkan sebagai berkata pelantikan Ungku Salleh tepat pada waktu dan masanya ketika tumpuan kini lebih kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah minta supaya Ketua Pemuda negeri adakan mesyuarat secepat mungkin serta merangka strategi yang berterusan untuk memberi lebih penumpuan dan penekanan kepada persiapan pilihan raya umum nanti," katanya dalam portal itu.

Khairy dalam portal itu juga berkata kemungkinan akan berlaku beberapa perubahan di negeri lain selepas ini mengikut kesesuian masa dan keadaan.

"Permulaan di Selangor, mungkin ada satu atau dua negeri lagi yang saya masih tengah pertimbangkan. Jadi saya harap kepada Ketua Pemuda negeri yang lain, bolehlah anggap bahawa kita sentiasa nilai kepimpinan bukan sahaja dari segi prestasi tetapi juga dari segi kesesuaian.

"Bukan yang diganti itu tidak menunjukkan prestasi yang tidak baik cuma kesesuaian dan juga dari segi penekanan yang kita nak bagi kepada persiapan pilihan raya akan datang.

"Dalam politik kita kadangkala perlu ada sedikit perubahan untuk memberi lebih penekanan kepada pendekatan yang lebih sesuai untuk masa kini dan sekiranya di peringkat atasan dah ada perubahan dari segi pengerusi perhubungan, saya rasa tidak salah kalau kita buat perubahan di peringkat Pemuda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan