Seorang Pembantu Perubatan Tetap Ditempatkan Di Setiap Kem PLKN

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pembantu perubatan gred U32 dan U29 ditempatkan di setiap kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara untuk siri 8/2011 yang bermula hari ini, kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Datuk Dr Tiki Lafe.

Beliau berkata pembantu perubatan yang dilantik Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) itu akan berada di setiap 79 kem PLKN untuk tempoh 24 jam bagi membantu para pelatih yang memerlukan rawatan kesihatan.

"Sebelum ini sesebuah kem PLKN tidak mempunyai pembantu perubatan yang tetap dan sering berganti dengan kem lain yang memerlukan pemeriksaan kesihatan dan dengan adanya pembantu perubatan tetap ini pelatih akan berpeluang mendapat khidmat perubatan dalam tempoh 24 jam," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan 570 pelatih PLKN siri 8/2011 di sini, Ahad.

Katanya JLKN juga akan menambah jumlah pembantu perubatan daripada seorang kepada dua orang dalam tempoh masa terdekat memandangkan jumlah pelatih untuk sesebuah kem adalah antara 400 dan 500 orang untuk satu tempoh masa.

Menurutnya anggota keluarga pelatih PLKN tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan anak-anak mereka ketika berada di kem PLKN kerana pemantauan kesihatan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Dr Tiki berkata bermula tahun ini, modul kecil budaya kerja akan dimasukkan dalam empat modul utama pelatih PLKN untuk memastikan mereka mampu untuk berdikari selepas tamat pelajaran dan latihan pada masa akan datang.

Katanya pengenalan modul tersebut juga sejajar dengan matlamat kerajaan dalam program pembangunan modal insan yang lebih berkualiti dan berupaya membawa negara ke tahap maju menjelang tahun 2020.

Beliau berkata jumlah pelatih untuk siri 8/2011 kali ini adalah seramai 140,000 dan kumpulan 1 dijangka menamatkan latihan mereka pada 13 Mac akan datang manakala kumpulan 2 (1 Mei - 16 Julai 2011) dan kumpulan 3 (10 September - 2 Disember). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan