Samy Vellu Mulakan Tugas Sebagai Duta Khas Malaysia Bagi Infrastruktur

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S. Samy Vellu, yang menjawat jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Sabtu lepas, akan memulakan khidmatnya bermula dengan New Delhi, Khamis ini.

Beliau akan mengetuai delegasi 150 kaum India Malaysia untuk menghadiri Pravasi Bharatiya Divas kali kesembilan, satu persidangan tahunan yang menghimpunkan masyarakat berketurunan India dari seluruh dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Samy Vellu di sini hari ini.

Bekas Menteri Kerja Raya itu akan mengadakan perbincangan dengan pegawai peringkat tertinggi kerajaan India di luar persidangan empat hari di New Delhi untuk menyediakan asas ke arah membuka lebih banyak peluang untuk diteroka oleh ahli perniagaan Malaysia di India.

Persidangan itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh pada Sabtu, akan turut dihadiri oleh menteri-menteri utama Kabinet India, termasuk Menteri Kewangan Pranab Mukherjee serta Menteri Pengangkutan dan Lebuh Raya Kamal Nath, yang bertanggungjawab terhadap projek infrastruktur di India.

Bekas Presiden MIC, yang meletak jawatan bulan lepas setelah menerajui parti selama 31 tahun, dilantik sebagai Duta Khas Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanfaatkan pengalaman Samy Vellu dalam mendapatkan projek bernilai berbilion ringgit bagi syarikat dari Malaysia semasa berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya.

Selain India, negara Asia Selatan lain yang berada di bawah porfolio Samy Vellu termasuk Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Maldives.

Dalam pertemuannya dengan Dr Manmohan di sini Oktober lepas, Samy Vellu menyuarakan harapan beliau agar ahli perniagaan dari Malaysia diberi lebih banyak peluang oleh kerajaan India untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan infrastruktur di India.

Samy Vellu dipetik sebagai berkata beliau telah memohon Dr Manmohan agar kerjasama perdagangan dan pelaburan ditingkatkan antara kedua-dua negara.

Beliau juga berkata sejak 10 tahun lepas, ahli perniagaan Malaysia melaksanakan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur di India, dengan menyiapkan projek bernilai kira-kira US$20 bilion, namun jumlah itu menurun sejak akhir-akhir ini.

Semasa melakukan lawatan rasmi ke negara ini Oktober lepas, Dr Manmohan berkata India, yang merancang meningkatkan sasaran pelaburannya dalam projek infrastruktur kepada US$1 trilion, mengalu-alukan lebih banyak penyertaan dari Malaysia berikutan kelebihan Malaysia dalam sektor berkenaan.

Dalam Rancangan Lima Tahun Ke-11 yang akan berakhir pada 2011, India menyasarkan pelaburan dalam infrastruktur berjumlah US$500 bilion dan berharap untuk meningkatkan jumlah itu kepada US$1 trilion dalam rancangan ke-12, Dr Manmohan dipetik sebagai berkata. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan