PRESMA Sudah Lama Larang Restoran Mamak Guna Teh Timbang

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang mempunyai 1,600 anggota telah lama mengeluarkan arahan kepada anggota persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada para pelanggan terutamanya teh tarik.

Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed berkata pihak persatuan dengan kerjsama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap restoran mamak bagi memastikan mereka tidak menggunakan teh tersebut.

"Pengusaha restoran mamak yang didapati menggunakan teh timbang atau teh sukat boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai perbuatan sesetengah pengusaha restoran tidak bertanggungjawab yang cenderung menggunakan teh timbang atau teh sukat untuk membuat teh tarik kerana harganya yang lebih murah sungguhpun ia mengandungi bahan pewarna yang membahayakan kesihatan pengguna termasuk risiko penyakit kanser.

Noorul Hassan berkata setakat ini belum ada laporan yang mengaitkan anggota persatuan itu dengan penggunaan teh tersebut.

Justeru, beliau menasihati semua pengusaha restoran agar tidak menggunakan teh itu demi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, pengurus cawangan Nasi Kandar Pelita Ampang, Hassan Mohiddeen berkata pihaknya tidak pernah menggunakan teh timbang atau sebarang bahan lain yang mengandungi pewarna yang tidak dibenarkan.

"Kami sentiasa mengikut panduan yang telah diberikan pihak atasan untuk menjaga kualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

"Pelita memiliki banyak cawangan di seluruh negara dan kami tidak boleh sewenang-wenangnya melanggarnya demi kebaikan pelanggan," katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Teh timbang atau teh sukat mengandungi bahan pewarna sintetik yang boleh memudaratkan kesihatan dan oleh kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama teh yang lain segelintir pengusaha restoran menggunakannya.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 melarang serbuk teh ditambah bahan pewarna dan sesiapa yang sabit kesalahan menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan