Peruntukan RM144 Juta Kemudahan Infrastruktur Kepada Kelantan Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM144 juta kepada Kelantan tahun ini bagi menyediakan kemudahan infrastruktur negeri ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek berkata peruntukan itu bagi menyediakan bekalan air bersih sebanyak RM14 juta, dan yang lain meliputi bekalan elektrik, jalan dan pembinaan rumah kepada penduduk miskin.

"Kita jangka lebih banyak lagi infrastruktur akan dibina tahun ini dan peruntukan besar itu disalurkan bagi memastikan semua rakyat menerima faedah daripada kerajaan yang memerintah," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan Hari Persekolahan Umno Kubang Kerian 2011 di sini, Ahad.

Pada majlis itu, 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian yang terpilih menerima peralatan persekolahan termasuk baju, seluar dan beg sekolah.

Hasan berkata bagi 2010, sehingga November lepas sebanyak RM120 juta telah disalurkan oleh kementerian itu dengan sejumlah RM78 juta bagi menyediakan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik, dan air.

Mengenai projek terbengkalai, Hassan berkata hanya 10 peratus projek yang dilaksanakan sepanjang 2010 tergendala dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

"Sebanyak 90 peratus yang diluluskan siap mengikut jadual, ada yang siap sebelum tempoh ditetapkan," katanya.

Mengenai peruntukan besar yang disalurkan kepada Kelantan, Hasan berkata kerajaan negeri perlu turut bertanggungjawab dengan melaksanakan projek rakyat bukannya mengharapkan Kerajaan Pusat semata-mata.

"Kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab dalam membina jalan di Kelantan, janganlah mengharapkan sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat melaksanakan projek di negeri ini," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan