Mukhriz Optimis Isu Umno Kedah Dapat Diselesaikan

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir optimis segala permasalahan yang wujud dalam Umno negeri itu akan dapat diselesaikan secara baik.

Malah katanya, sudah wujud semangat pada kalangan anggota dan pemimpin Umno Kedah untuk mengetepikan isu-isu kecil bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentabdir negeri itu.

Rata-rata kini beranggapan persengketaan yang wujud pada peringkat bahagian dan cawangan sebagai isu remeh dan mahu menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata usaha Umno Kedah kini adalah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN menerusi perbandingan prestasi kerja pentadbiran kerajaan pakatan.

Umno Kedah adalah antara beberapa negeri yang melalui rombakan melibatkan pucuk pimpinan tertinggi. Berkuatkuasa 1 Januari lepas, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah dilantik meneraju badan perhubungan Umno negeri itu menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Mukhriz dilantik sebagai timbalan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan