Dua NGO Buat Laporan Polis Mengenai Blog Hina Sultan

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6 sini, Isnin.

Hamizun berkata GAPS akan mencadangkan pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap Shuhaimi kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor.

Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain, berkata jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan