Sebanyak 77 Bekas Kakitangan Kontrak Sambut 2011 Sebagai Penganggur

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ketika kebanyakan rakyat Malaysia mengisi pelbagai azam baru sempena ketibaan tahun 2011, sebanyak 77 bekas pekerja rendah awam (PRA) di sini berharap kontrak perkhidmatan mereka yang berakhir semalam disambung semula.

Jurucakap kumpulan itu, Jamaludin Husin, 49, merayu Kementerian Pelajaran menimbang semula nasib mereka yang kebanyakannya telah bertugas selama 15 tahun.

"Kami tidak sangka apabila menerima surat penamatan kontrak kerja daripada Jabatan Pelajaran Perlis kerana kebiasaannya kami akan terima surat untuk sambung kontrak dua tahun sekali," katanya ketika ditemui di sini, Sabtu.

Beliau berkata pelbagai cara telah dilakukan agar kontrak perkhidmatan disambung semula, termasuklah menghubungi kementerian namun tiada jawapan yang diterima.

"Tiada sesiapa pun yang akan ambil kami bekerja memandangkan usia kami sudah tua," katanya sambil menyifatkan kehidupan mereka kini gelap.

Selain itu, katanya, mereka juga buntu memikirkan pinjaman bank yang perlu dijelaskan selain sewa rumah dan tanggungan anak yang masih bersekolah.

"Kami berharap pihak kerajaan mempertimbangkan semula dan menyarankan sama ada kontrak kami disambung semula atau diserap terus ke jawatan tetap," katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas PRA, Zulkafli Md Isa, 48, yang tugas terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi dekat sini, berkata beliau kini buntu memikirkan nasibnya setelah ditamatkan perkhidmatan kerana terpaksa menjaga ibu yang terlantar sakit di rumah.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kuning dekat sini pada Sabtu berkata ibunya terpaksa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu berjalan berikutan terjatuh di bilik air pada tahun lalu.

Menurutnya, sewaktu bekerja di sekolah itu, beliau dapat pulang semasa waktu rehat sebelah tengah hari untuk membeli makanan dan menjenguk ibunya di rumah.

Zulkafli berkata ibunya pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi masih belum menerima sebarang bantuan jabatan itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan