Polis Suraikan Perhimpunan Aman 200 Penduduk Di Bandar Tun Razak

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyuraikan perhimpunan aman yang disertai kira-kira 200 penduduk sekitar Bandar Tun Razak berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata peserta perhimpunan bersurai selepas hampir sejam setengah berbincang dengan polis, dan tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Kumpulan itu berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati kerana peluang perniagaan di terminal TBS-BTS hanya dimiliki dan dimonopoli syarikat besar.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Bahrin A.

Razak berkata, penduduk di sekitar Bandar Tun Razak serta peniaga kecil tidak mendapat manfaat daripada pembangunan TBS-BTS.

Beliau mendakwa sewa di kawasan itu terlalu mahal dan tidak mampu ditanggung oleh peniaga kecil.

"Jadi, kami minta kerajaan supaya mengambil tindakan segera, kita tidak mahu perkara ini meletup dan menjadi isu negara, kita minta kerajaan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan