Pekan Rantau Panjang Hampir Lumpuh Digenangi Air - Berita Semasa | mStar

Pekan Rantau Panjang Hampir Lumpuh Digenangi Air

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Pusat membeli belah di pekan ini hampir lumpuh berikutan air banjir melimpahi tebing Sungai Golok selepas hujan turun tidak berhenti-henti sejak dua hari lepas.

Tinjauan Bernama ke kawasan itu petang ini mendapati keadaan jalan utama ke pusat membeli belah itu sesak berikutan banyak kenderaan keluar masuk untuk mengangkut dan menyelamatkan barangan perniagaan atau meletakkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.

Peniaga di deretan gerai pakaian dan makanan di pasar pekan itu kelihatan menyimpan barangan mereka daripada digenangi air sungai yang masuk melalui kawasan rendah di tebing Sungai Golok di sebelah sini.

Ketua Unit Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang, Yusnizam Jusoh, berkata kira-kira 50 anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir bila-bila masa diperlukan.

"Kita menyediakan kenderaan berat, termasuk lori, bot dan lori pikap di pejabat cawangan ini sebagai persediaan membantu mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini petang ini.

Beliau berkata, pagi tadi pihaknya telah menjalankan kerja-kerja membantu sekolah yang terjejas akibat banjir iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kubang Chenok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan SK Rantau Panjang.

Tinjauan mendapati dua pintu pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Bebas Cukai (ZBC) di pekan ini hampir tidak berfungsi kerana ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Menurutnya, jika limpahan air Sungai Golok yang semakin meningkat melebihi paras bahaya dalam tempoh 24 jam ini, pekan Rantau Panjang akan ditenggelami air dan kegiatan perniagaan akan lumpuh sepenuhnya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan