MB Selangor Dakwa KSN Abai Proses Pemilihan Dalam Memilih SUK Baru

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam Negeri dalam pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Katanya proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.

Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan, katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan Selangor, katanya.

Abdul Khalid turut mendakwa semasa mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Mohd Sidek saja membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Pelantikan Khusrin, 54 berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang tamat kontrak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Khusrin, yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Khamis ini.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan