Mangsa Banjir Di Rantau Panjang Meningkat Kepada 280 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa pemindahan banjir di Rantau Panjang di sini petang ini meningkat kepada 280 berbanding 67 mangsa pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan berkata peningkatan mangsa itu berikutan limpahan air Sungai Golok yang mulai menenggelami beberapa kawasan di daerah itu terutama di kawasan Rantau Panjang Lama.

Kesemua mangsa ditempatkan di satu-satunya pusat pemindahan sementara yang dibuka di negeri ini iaitu di Stesen Keretapi Melayu Berhad (KTMB) di Rantau Panjang, katanya kepada Bernama.

Jurucakap itu berkata dua jalan alternatif iaitu Jalan Pohon Tanjung ke Jeram Perdah iaitu Jalan lama Rantau Panjang ditutup kepada semua kenderaan manakala Jalan Rantau Panjang ke Lalang Pepuyu hanya ditutup kepada kenderaan ringan dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Katanya paras air Sungai Golok sudah meningkat kepada 10.14 meter melebihi paras bahaya sembilan meter.

Keadaan cuaca di seluruh Kelantan kini mendung dengan sesekali hujan renyai-renyai terutama di kawasan pedalaman.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan