JPA Minta Pegawai Awam Beri Maklum Balas Ujian Ganti PTK

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pegawai awam memberikan maklum balas kajian terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangun bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan tahun ini.

JPA menerusi laman sesawangnya berkata mereka boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang 'soal selidik pandangan Pegawai Awam terhadap Penilaian Kompetensi menggantikan PTK' dan memberi respons secara talian.

Borang berkenaan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kaedah penilaian menggantikan PTK dan ciri-ciri penilaian baru, kata JPA.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, dan akan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima penjawat awam yang dijadual dilaksana Jun tahun ini.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan