Jabatan Kesihatan Sarawak Azam Sediakan Jagaan Kanser Lebih Baik

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak berazam untuk menyediakan jagaan yang lebih baik kepada penghidap kanser menerusi penubuhan fasiliti rawatan baru selain meningkatkan taraf fasiliti sedia ada.

Pengarahnya Dr Zulkifli Jantan berkata pihaknya akan memohon bantuan kerajaan persekutuan bagi tujuan itu.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Sabtu, beliau berkata bagaimanapun usaha itu akan mengambil masa.

Pada masa yang sama katanya, usaha juga akan dilakukan bagi menambah bilangan pakar kanser di negeri itu.

"Kekurangan pakar kanser adalah satu masalah di negara ini. Di Sarawak hanya ada dua pakar, sedangkan bilangan pesakit kanser meningkat," katanya ketika ditemui pada hari pertama Pusat Jantung Hospital Hospital Umum Sarawak beroperasi.

Mengulas mengenai Pusat Jantung itu, Dr Zulkifli berkata ia turut menyediakan rawatan kepada pesakit kanser, namun buat masa ini peralatan yang ada tidak akan digunakan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan