Md Isa Nafi Wujud Campur Tangan Tentukan Kepimpinan Umno Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menafikan wujud campur tangan pihak tertentu untuk membolehkan beliau kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Pelantikannya adalah kehendak pucuk pimpinan tertinggi Umno dan tiada kaitan dengan sebarang campur tangan pihak tertentu, kata beliau.

Baru-baru ini bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendakwa wujudkan campur tangan pihak tertentu sehingga Md Isa dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Md Isa yang juga Ketua Umno bahagian Kangar menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis sumbangan peralatan sekolah untuk para pelajar mangsa banjir, di sini, Khamis.

Beliau berkata, keazamannya ialah untuk memastikan pencapaian terbaik Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang termasuk mengembalikan dua kerusi dewan undangan negeri yang jatuh ke tangan pembangkang iaitu Sanglang dan Simpang Empat.

"Saya juga yakin pada pilihan raya umum akan datang, BN akan memenangi 15 kerusi dewan undangan negeri dan tiga kerusi Parlimen berikutan gerak kerja pilihan raya telah pun dilaksanakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan