Khusrin Angkat Sumpah SUK Selangor 6 Januari

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru di Istana Kayangan di sini pada 6 Januari ini.

Ini bermakna walaupun kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mempersoalkan pelantikan itu yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan alasan ia tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan lantikan itu adalah muktamad.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan mengenai majlis itu berkata, turut akan mengangkat sumpah ialah Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin yang akan mengambil alih jawatan Pengarah JAIS daripada Mohammed Khusrin.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohammed Khusrin dan Marzuki pada tarikh tersebut.

''Selain Mohammed Khusrin dan Marzuki, turut akan mengangkat sumpah ialah beberapa pegawai kerajaan negeri.

''Pihak protokol biasanya telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar untuk memaklumkan mengenai majlis itu," katanya, lapor Utusan Malaysia di sini Jumaat.

Pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri mencetuskan kontroversi apabila sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu yang seolah-olah cuba mempertikaikan pelantikan itu dengan menganggapnya belum muktamad sedangkan ia telah mendapat perkenan sultan.

Alasan yang diberikan dalam kenyataan itu ialah pelantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada Abdul Khalid dan Menteri Besar berhasrat menghadap Sultan Sharafuddin bagi menyembahkan perkara berkenaan semalam.

Bagaimanapun hasrat Abdul Khalid itu terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti dan Mohamad Munir juga telah menjelaskan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Abdul Khalid.

Dalam pada itu, kata Mohamad Munir, pada 5 Januari 2011, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majlis akan diadakan di Istana Kayangan di sini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan