Harga Tiket Feri Tidak Boleh Membebankan Pelancong - Berita Semasa | mStar

Harga Tiket Feri Tidak Boleh Membebankan Pelancong

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kementerian Pelancongan meminta syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan feri penumpang Langkawi-Satun di Selatan Thailand supaya mengawal harga tambang agar tidak membebankan pelancong.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata, harga tiket terlalu tinggi juga boleh menjejaskan minat orang ramai untuk melancong.

"Harga biarlah berpatutan dan dalam kemampuan pelancong. Matlamat kita untuk menarik seberapa ramai pengguna perkhidmatan feri bagi menggalakkan industri pelancongan berkembang," katanya kepada pemberita semasa melawat Langkawi, Khamis.

Beliau berkata, dua syarikat mengendalikan perkhidmatan feri ke destinasi itu sekarang menawarkan harga promosi RM20 bagi perjalanan pergi dan balik adalah satu contoh yang menyokong usaha kerajaan itu.

Beliau yakin lebih ramai pelancong akan menggunakan feri untuk mengunjungi kedua-dua destinasi itu, Langkawi dan Satun. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan