Giatmara Sasar Lahir 140,000 Tenaga Mahir Dalam RMK-10

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Giat Mara Malaysia mensasarkan untuk melahirkan kira-kira 140,000 tenaga mahir dalam pelbagai bidang dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, kata Pengerusinya Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Beliau berkata kira-kira 100,000 daripada jumlah itu adalah khusus bagi memenuhi keperluan sektor industri, perkilangan dan automotif.

"Bakinya akan dilatih untuk menjadi usahawan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Graduasi Giat Mara Negeri Melaka 2010 di sini, hari ini.

Katanya ketika ini terdapat 209 pusat Giat Mara di seluruh negara yang menawarkan 31 kursus, dan 23 buah lagi pusat Giat Mara baru sedang dirancang untuk diwujudkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, khusus untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar lepasan sekolah menengah mendapat latihan kemahiran.

Shahiruddin seterusnya meminta ibu bapa dan pemimpin masyarakat menggalakkan anak-anak serta para pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi supaya mendapatkan latihan kemahiran di Giat Mara.

Katanya lebih 240,000 tenaga mahir dilahirkan oleh pusat latihan itu sejak ia ditubuhkan pada 1986.

Pada majlis graduasi hari ini 246 pelatih dari tujuh pusat Giat Mara di Melaka menerima sijil masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan