Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan Beroperasi 2 Februari

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh sebenar Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) beroperasi, masih menjadi tanda tanya berikutan wujud percanggahan antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan pihak pengurusan operasi terminal itu.

Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Ahmad Phesal Talib berkata kerajaan memutuskan supaya operasi terminal yang dijadualkan bermula pada Sabtu ini ditangguhkan dan akan dibuka serentak dengan operasi Hentian Puduraya pada 2 Februari ini.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar, pihak pengurusan terminal itu, Maju Terminal Management and Services (Maju TMAS), bertegas akan tetap memulakan operasi Sabtu ini seperti yang ia umumkan sebelum ini.

Ahmad Phesal berkata Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dan Maju TMAS yang dilantik bagi operasi mengurus terminal itu perlu menyelesaikan perkara berbangkit sebelum operasi bermula.

Ukas dan syarikat itu telah diminta untuk mengkaji semula pengagihan ruang-ruang perniagaan dan kadar sewa tinggi yang difahamkan berjumlah RM20,000 sebulan, katanya pada sidang akhbar berasingan di sini, Khamis. "Kadar sewaan ruang perniagaan haruslah berpatutan supaya dapat memberi manfaat dan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat, justeru keutamaan ini adalah wajar diberi perhatian oleh syarikat yang menguruskan terminal ini.

"UKAS dan syarikat itu perlu meneliti semula perkara berkaitan berdasarkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan operasi terminal bagi memberi peluang kepada mereka menyelesaikan masalah itu," katanya.

Ahmad Phesal berkata pembukaan pada Sabtu ini disifatkan sebagai tidak rasmi sekiranya ia diteruskan seperti yang dijadualkan.

Pengarah Urusan TMAS Roslan Mohd Shariff pula berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penangguhan itu.

"Kita tidak mendapat maklumat mengenai penangguhan itu, jadi kita akan teruskan operasi terminal seperti yang telah diarahkan oleh kerajaan iaitu 1 Januari ini," katanya selepas lawatan media ke terminal itu di sini, hari ini. Roslan berkata terminal yang mula dibina pada 2008 dengan anggaran kos pembinaan berjumlah RM570 juta itu telah bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai, yang boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

"Terminal yang berkonsepkan 'pengalaman lapangan terbang' bagi perjalanan bas ini menjanjikan kemudahan yang setaraf dengan piawaian antarabangsa bagi penumpang-penumpang bas dari Utara dan Selatan Semenanjung.

"Pihak kami juga mendapat sambutan amat baik daripada syarikat-syarikat bas dan penyewa untuk kegiatan komersial di terminal ini bagi menjayakan operasi sebaik mungkin," katanya.

Dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, terminal itu mempunyai enam tingkat, 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna.

Terdapat juga 44 ruang perniagaan termasuk empat restoran dan ruang medan selera serta gerai, selain dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ketika dihubungi kemudian, Ahmad Phesal berkata operasi terminal itu tetap ditangguhkan pada 2 Februari. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan