Saifuddin Saran Pencapaian Kokurikulum Jadi Kriteria Utama Pemberian Biasiswa

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penaja biasiswa pendidikan disaran menjadikan pencapaian kokurikulum pelajar sebagai kriteria penting sebelum meluluskan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sudah tiba masanya kokurikulum dinilai sebagai sebahagian daripada kecemerlangan seseorang pelajar, dan bukan bergantung kepada keputusan akademik semata-mata.

"Satu cara untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum pelajar adalah dengan memberi pengiktirafan kepada pencapaian mereka, terutama dengan cara pemberian biasiswa kepada mereka.

"Pada hari ini, kebanyakan penaja menilai pencapaian akademik pelajar sebelum memberi biasiswa dan kita harap mereka juga akan beri perhatian kepada pencapaian kokurikulum pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penganugerahan Tabung Pinjaman Pendidikan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini.

Turut hadir Presiden Angkasa Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum dan timbalannya, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Saifuddin berkata langkah itu juga diharap dapat membudayakan minda baru terhadap kokurikulum dan menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dalam aktiviti tersebut di sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata penaja biasiswa juga digalak mewujudkan biasiswa kokurikulum bagi memberi peluang kepada pelajar yang berbakat melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan.

Katanya, jika perkara itu dapat direalisasikan, ia akan membuka ruang bagi pelajar menetapkan matlamat mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum.

"Sehingga hari ini, hanya bidang sukan sahaja yang ada biasiswa, itupun hanya ditawarkan oleh Majlis Sukan Negara, tapi untuk bidang kokurikulum yang lain seperti pidato, debat dan sebagainya, belum ada biasiswa," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan biasiswa Tabung Pinjaman Pendidikan Angkasa kepada 75 pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sesi 2011/2012. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan