Rakyat Perlu Pastikan Malaysia Kekal Destinasi Pelacongan Utama - Yen Yen

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dalam perutusan tahun barunya menyeru rakyat supaya memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan utama pelancong.

Beliau berkata rakyat perlu memastikan persekitaran mereka bersih dan hijau.

"Kementerian ini telah melaksanakan budaya "Berfikir Pelancongan, Bertindak Pelancongan" sepanjang masa. Ini tidak memerlukan pelaburan kewangan yang besar.

"Kita percaya industri pelancongan boleh dan mesti memelihara dan melindungi alam semula jadi agar Malaysia menjadi bersih dan hijau," katanya.

Ng berkata Malaysia mencatat peningkatan dalam jum;ah ketibaan pelancong daripada 5.5 juta dalam 1998 kepada 23.65 juta orang pada 2009.

Beliau berkata Pertubuhan Pelancong Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) melaporkan bahawa Malaysia merupakan salah sebuah daripada 10 destinasi pelancongan antarabangsa teratas dalam 2009, sementara Lonely Planet menyenarai Malaysia sebagai 10 negara teratas dalam kategori "Best in Travel 2010" dan "Best-value Destination for 2010".

"Walaupun menghadapi cabaran ekonomi global, pelancongan berperanan sebagai penggerak hasil yang penting kepada ekonomi Malaysia sementara pengendali resot di Malaysia turut memenangi beberapa anugerah dalam World Travel Awards 2010," kaatanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan