Pusat Khidmat BN Perak Selesai 415 Aduan

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak menyelesaikan 415 daripada 461 aduan yang diterima sepanjang tahun ini, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata baki aduan yang belum dapat diselesaikan itu merupakan kes terpencil berkaitan permohonan tanah yang kini dalam proses akhir penyelesaian.

"Saya amat berpuas hati dengan peranan yang dimainkan pusat ini yang mampu menangani pelbagai isu yang diadu penduduk yang menghadapi pelbagai masalah...selain itu aduan turut diterima semasa program turun padang," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata penduduk yang menghadapi masalah diminta terus mengunjungi pusat aduan ini atau ke Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen BN untuk menyelesaikan masalah mereka.

Katanya beliau tidak menafikan ada masalah yang 'terlepas pandang' berlaku di beberapa tempat dan meminta penduduk di kawasan berkenaan membuat aduan supaya masalah itu tidak terus dipinggirkan sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Hamdi berkata kebanyakan laporan dan aduan yang diterima pusat itu adalah melibatkan bantuan am, berkaitan Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau meminta bahagian penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memantau kaunter penjualan tiket bas ekspres dengan harga yang tinggi.

"Kami menerima aduan daripada pengguna yang mendakwa tiket bas bagi perjalanan dari Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak dijual pada harga RM22 sedangkan tiket tersebut sepatutnya dijual dengan RM17.40," katanya.

Beliau berkata Pusat Khidmat BN telah menghantar surat kepada LPKP untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan dan meminta orang ramai yang mengalami kes sedemikian menghubungi pihaknya di talian 05-255 4916 untuk aduan.

Pengadu telah membuat aduan berserta bukti beberapa keratan tiket penumpang bas berkenaan yang menunjukkan berlakunya penipuan dalam penjualan tiket, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan