PPZ Wilayah Persekutuan Kutip Zakat RM265 Juta

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengutip zakat sebanyak RM265.56 juta tahun ini daripada lebih 85,000 orang pembayar zakat.

Pengerusinya Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, jumlah itu meningkat berbanding kutipan tahun lalu iaitu sebanyak RM242 juta yang diterima daripada 78,820 pembayar zakat.

"Kita ada lebih kurang 96,000 individu yang layak dan melepasi syarat-syarat untuk membayar zakat di seluruh Wilayah Persekutuan dan sehingga hari ini 85,000 orang daripada jumlah itu telah menunaikan kewajipan mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau suasana pembayaran zakat di Kaunter PPZ Daruzzakah, Kampung Bharu, di sini, Khamis.

Katanya, peningkatan jumlah kutipan zakat itu adalah hasil sistem penyampaian PPZ yang bertambah baik yang memudahkan pembayar zakat membuat bayaran, selain tahap kesedaran orang ramai yang semakin baik tentang kewajipan mereka sebagai Muslim.

Katanya, mereka yang masih belum membayar zakat berpeluang menunaikan kewajipannya hari ini dan juga esok di mana PPZ-MAIWP turut akan membuka semua kaunter pembayarannya mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan