Majikan Perlu Bayar Jika Mahu Pekerja Bekerja Jumaat - Subramaniam - Berita Semasa | mStar

Majikan Perlu Bayar Jika Mahu Pekerja Bekerja Jumaat - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan perlu membayar upah kadar cuti umum kepada pekerja jika memerlukan mereka bekerja Jumaat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

"Kalau mereka memerlukan pekerja mereka bekerja, kena bayarlah. Itu adalah hak pekerja untuk mendapatkan bayaran hari cuti kerana sudah diumumkan sebagai cuti umum," katanya, di sini Khamis.

Beliau berkata jika majikan gagal memberikan cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, pekerja yang terlibat boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Majikan berkenaan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan percubaan dua kanak-kanak mencipta rekod Malaysia Book Of Records.

Malam Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 Disember sebagai cuti umum sempena kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, menamatkan penantian selama 14 tahun.

Terdahulu, dua beradik dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana mencipta rekod tersendiri.

T. Thurgashree, kanak-kanak cilik berusia empat tahun mencipta rekod menerusi 'Most Sit Ups Ever Done By A Child' selepas melakukan 'sit ups' sebanyak 1,111 kali tanpa henti dalam masa 32 minit 21 saat.

Kakaknya T. Logassree, 8, pula berjaya mengangkat palang besi bersama plat seberat 21 kilogram dengan menggunakan dua jari kelingking.

Bapa mereka, A.M Thanabalsingam berkata kedua-dua anaknya itu telah memulakan latihan fizikal dan mental sejak enam bulan lepas.

"Latihan dijalankan setiap hari selama empat jam merangkumi latihan fizikal, kecergasan dan latihan angkatan. Selain itu, saya memastikan amalan pemakanan yang sihat," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan