Had Insurans Deposit Baru RM250,000 Berkuat Kuasa Esok

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Malaysia (PIDM) 2010, yang menaikkan had insurans deposit kepada RM250,000, akan berkuat kuasa esok.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PIDM berkata had RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli akan menyediakan perlindungan sepenuhnya bagi 99 peratus pendeposit runcit dan deposit dalam mata wang asing juga layak untuk perlindungan insurans deposit. Ia berkata pakej perlindungan yan g diperkukuhkan ini turut merangkumi mandat PIDM yang diperluaskan bagi mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans (TIPS).

"TIPS ialah sistem perlindungan kerajaan yang eksplisit dan terhad bagi manfaat takaful dan insurans dan secara amnya, akan ditadbir mengikut pendekatan sama yang diperuntukkan bagi sistem insurans deposit yang sedia ada," katanya.

PIDM berkata ia juga mempunyai kuasa untuk campur tangan atau menyelesaikan ahli penanggung insurans yang bermasalah dan memastikan pembayaran balik dengan segera kepada pihak penuntut di bawah sijil atau sijil takaful yang dilindungi di bawah TIPS.

"Syarikat-syarikat insurans berlesen dan pengendali takaful akan menjadi insitusi ahli PIDM secara automatik," katanya.

Rang Undang-undang itu akan menggantikan Akta PIDM 2005 dan memperluaskan mandat, peranan dan tanggungjawab PIDM.

PIDM ialah agensi kerajaan yang diberi mandat oleh Parlimen untuk melindungi pendeposit daripada kehilangan wang deposit sekiranya berlaku kegagalan bank ahli. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan