Beberapa Jalan Di Ibu Kota Ditutup Sempena Ambang Tahun Baru - Berita Semasa | mStar

Beberapa Jalan Di Ibu Kota Ditutup Sempena Ambang Tahun Baru

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup esok, untuk memberi laluan kepada sambutan Ambang Tahun 2011 pada sebelah malamnya.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Nohd Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan yang terlibat ialah di sekitar Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC, Bangsar/Telawi dan KL Sentral. Katanya jalan-jalan di Dataran Merdeka akan ditutup esok dari pukul 5 petang hingga 6 pagi hari berikutnya, manakala jalan-jalan di Bukit Bintang ditutup mulai tengah malam esok hingga 6 pagi 1 Januari.

Beberapa laluan lain juga dijangka ditutup secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas semasa, tambahnya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan