Wee Choo Keong Sifatkan Karpal Ahli Parlimen 'Flip Flop'

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong menyifatkan Karpal Singh sebagai Anggota Parlimen 'flip-flop' kerana sentiasa menukar pandangan berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wee menerusi blognya weechookeong.wordpress.com berkata Anggota Parlimen Jelutong itu pernah dilapor telah meminta Anwar disiasat di atas tuduhan meliwat semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1997.

"Karpal berkata beliau telah dikunjungi pemandu Anwar bernama Azizan Abu Bakar dan beberapa yang lain mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar," katanya.

Wee berkata beliau juga pernah membangkitkan di Parlimen bahawa pada 1997 Karpal menyatakan mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam kegiatan liwat pada satu ceramah DAP di Hotel Federal.

"Akhirnya Karpal mengesahkan perkara itu, kalau tidak ada satu lagi saman fitnah," katanya.

Selain itu katanya, Karpal juga pada 8 Feb 2009 telah menggesa Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, namun sebulan kemudian membuat kenyataan Anwar boleh terus kekal sebagai ketua kerana masih menerima sokongan wakil rakyat pembangkang.

"Satu lagi flip-flop!" kata Wee yang juga Anggota Parlimen Bebas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan