Sebut Harga Sebelum Rawatan Di Hospital Swasta Langkah Wajar:NGO

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan megenakan peraturan kepada hospital swasta agar memaklumkan sebut harga secara terperinci sebelum pesakit diberi rawatan mendapat reaksi positif daripada beberapa persatuan pengguna di negara ini.

Rata-rata bersetuju dengan keputusan itu selain mengharapkan langkah tersebut benar-benar dapat memberi kesan positif kepada rakyat.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata langkah itu baik dan perlu dipraktikkan, terutamanya dengan persepsi masyarakat bahawa mereka mampu menanggung kos rawatan di hospital swasta.

"Ia langkah baik sebab kadang-kadang orang pergi ke hospital swasta fikir (kena bayar) sekitar RM10,000-RM15,000 tapi akhirnya jadi lebih tinggi. Jadi ini banyak beri masalah," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican mengumumkan peraturan baru itu bagi membolehkan pesakit membuat pilihan mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat dengan beberapa persatuan perubatan dan syarikat insurans untuk mencari jalan mengekang kos perubatan melampau di hospital swasta, yang mengakibatkan ramai gagal membayar balik pinjaman bank mahupun kad kredit yang diguna mereka untuk menampung kos rawatan.

Marimuthu menegaskan pengurusan kewangan yang betul adalah penting agar orang ramai terutamanya pesakit dan keluarga tidak menanggung beban hutang yang banyak.

"Fomca sentiasa menekan pendidikan pengurusan kewangan. Perlu ada tanggungjawab. Kita memang ada banyak pilihan, macam beli kereta, beli rumah...kena bayar. Kalau pilih rawatan yang mahal, perlu bijak uruskan sama ada guna insurans atau sebagainya," katanya.

Beliau turut menyarankan agar pesakit mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang menawarkan perkhidmatan serupa pada kos yang lebih rendah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman pula berkata penguatkuasaan peraturan itu perlu dipastikan memberi faedah kepada rakyat.

"...sebab kalau dah sakit kita tak ada pilihan, terpaksa teruskan juga rawatan...yang penting adalah sebut harga itu perlu diseragamkan, tak boleh berbeza-beza di setiap hospital," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata walaupun hospital kerajaan menawarkan perkhidmatan yang sama pada kos yang lebih rendah, namun tempoh menunggu yang terlalu lama menyebabkan mereka mencari langkah alternatif.

Maamor turut mencadangkan agar kerajaan berbuat sesuatu bagi melindungi pesakit terutama golongan bekerja sendiri yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai skim insurans.

"Kita perlu galak orang ramai untuk dapatkan insurans. Selain itu, aspek pencegahan juga perlu diberi perhatian, sebab cegah lebih murah dari merawat," katanya.

Pendapatnya dikongsi Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia Datuk Zainal Rampak yang mencadangkan agar kos rawatan dan perubatan hospital swasta dikawal serta diselaraskan.

Katanya masalah berhubung kemampuan membayar caj-caj yang terlalu tinggi oleh hospital swasta adalah satu fenomena bukan sahaja di kalangan golongan berpendapatan rendah malah turut melibatkan golongan berada.

"Walaupun ada syarikat yang sudi menanggung bayaran bil hospital bagi kakitangan tapi bukan sepenuhnya.

"Ada kalanya cuma separuh dan selebihnya ditanggung oleh kakitangan melalui potongan gaji selepas syarikat menyelesaikan dahulu bil rawatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, masalah kos rawatan yang terlalu tinggi ini perlu diatasi segera agar tidak terus menganiaya pesakit dan keluarga.

"Saya pernah diberitahu oleh keluarga pesakit berpendapatan rendah jika pesakit dimasukkan ke hospital swasta dan meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan, mayat pesakit tersebut tidak boleh dituntut sehingga bayaran perubatan diselesaikan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan