Piala AFF: Keraguan Aspek Keselamatan Tidak Halang Penyokong Malaysia Ke Jakarta

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun ragu berhubung keselamatan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010, sekumpulan 300 penyokong tempatan tetap mahu bersama skuad negara ketika menentang pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam Rabu.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta, Selasa bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC Mohd Nasir Mohd Yunus berkata kehadiran penyokong negara di sana itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

"Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong negara agar sentisa berwaspada," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hari ini beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Sehingga kini belum diketahui jumlah penyokong Malaysia yang akan bertandang ke stadium tersebut walaupun dilaporkan sejumlah 5,000 tiket telah diperuntukkan untuk mereka.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ditanya Bernama di Jakarta berkata penyokong Malaysia tetap ada namun dijangka tidak seramai penyokong Indonesia semasa perlawanan di Bukit Jalil.

Ahad lepas, kira-kira 15,000 penyokong Indonesia berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama.

Mohd Nasir berkata beliau dan penyokong lain berharap dapat mengiringi kepulangan skuad kebangsaan bimbingan jurulatih K. Rajagopal itu bersama Piala AFF Suzuki.

Sementara itu, kumpulan Ultras Malaya juga akan mengumpulkan peminat bola sepak negara menonton siaran langsung menerusi skrin besar di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam seawal pukul 7 malam esok.

Wakil kumpulan itu, Mohd Azrul Mohd Hussin, 25, berkata mereka berjaya mengumpul lebih 100 penyokong untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua ketika Malaysia menentang Vietnam pada 18 Dis lepas dan kali ini berharap lebih ramai akan turut sama. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan