Pelantikan Isa Samad Bantu Perjelas Isu-Isu Panas Melanda Felda - Rozali

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru diharap dapat membantu menjelaskan pelbagai isu yang melanda Felda baru-baru ini secara cekap dan terbuka, kata Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail.

"Ini penting apabila mutakhir ini, Felda dihujani pelbagai isu panas dari pihak luar bertujuan memburuk-burukkan organisasi itu seperti isu Felda bankrap.

"Di samping isu tabung wang tanam semula Felda, isu saman Felda, isu geran tanah Felda, isu perahan gred kelapa sawit dan banyak lagi," kata Rozali.

Dengan penjelasan itu kelak peneroka dan generasi baru Felda akan dapat menarik nafas lega, kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berharap Mohd Isa akan berfikiran lebih dinamik dalam membela nasib generasi kedua Felda dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan organisasi itu secara menyeluruh.

Rozali berkata pengalaman Mohd Isa yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun akan menjadikan Felda lebih maju dan berdaya saing.

"Justeru, bukanlah sesuatu yang asing bagi peneroka Felda menerima kehadiran YB Tan Sri Isa kerana semasa menjadi MB, beliau pernah mentadbir 49 tanah rancangan Felda di negeri itu," katanya.

Katanya, GWGF akan sentiasa membantu pengurusan Felda dalam memastikan warga Felda seiring dengan matlamat yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.

GWGF adalah sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai lebih 50,000 anggota terdiri daripada generasi baru Felda dan 12 buah pertubuhan dan persatuan gabungan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan