MIC Minta Lakukan Perubahan Terhadap Kandungan 'Interlok'

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MIC, parti terbesar mewakili masyarakat India di negara ini, memohon Kementerian Pelajaran melakukan perubahan dalam kandungan novel "Interlok", buku teks sastera Tingkatan Lima sebelum digunakan buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2011.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif di kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta.

"Interlok" merupakan teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5, karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

Subramaniam berkata beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, minggu hadapan sebelum satu surat cadangan kepada kementerian itu dikemukakan.

Menteri Sumber Manusia itu ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama para pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara yang bertanggungjawab ke atas pendidikan masyarakat India, di kementeriannya di sini pada Rabu.

Subramanian berkata setelah mengambil kira pandangan masyarakat India, beliau berpendapat apa yang ditulis dalam buku itu tidak memberi satu gambaran tepat tentang keadaan dan fikiran masyarakat India pada masa sekarang.

"Oleh itu saya takut bahawa jika tiada perubahan dibuat kepada kandungan yang ada di dalam buku itu, ia akan memberi satu pandangan salah kepada pelajar yang akan menggunakan buku itu.

"Ia akan diajar kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa... ini akan mengurangkan pemahaman mereka tentang apa yang sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat India pada masa sekarang," katanya.

Jika ini dibiarkan ia juga akan mewujudkan satu perasaan "pahit" di kalangan masyarakat India, katanya.

Subramaniam berkata kandungan buku itu harus diubah jika Kementerian Pelajaran tidak berhasrat menarik penggunaan buku teks sastera itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan