Kedah Sedia Rumah Transit Untuk Mangsa Kebakaran Di Bukit Malut

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kerajaan Kedah sedia membina rumah transit kepada mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut di sini semalam sekiranya mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita tiada masalah untuk membina pada bila-bila masa sekiranya mendapat persetujuan MKN kerana penduduk kawasan Bukit Malut adalah di bawah pengawasan MKN," katanya kepada pemberita selepas manyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada mangsa terbabit di Bukit Malut di sini, Rabu. Kebakaran 59 buah rumah di sini menyebabkan 260 orang kehilangan tempat tinggal.

Azizan berkata kerajaan negeri akan menyediakan sebidang tanah di Langkawi untuk pembinaan rumah transit itu kerana kawasan yang mereka duduki sekarang dimiliki tiga pemilik termasuk Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Pada masa ini, mangsa-mangsa itu ditempatkan di khemah sementara dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makan minum mereka. Sebelum ini, mereka ditempatkan di surau dan rumah keluarga. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan