Jangan Guna Alat Ganti Tiruan - Syed Hamid

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pengusaha bas ekspres digesa supaya tidak menggunakan alat ganti tiruan yang didakwa sebagai antara faktor utama kemalangan melibatkan kenderaan berkenaan di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata jika alat ganti tiruan terpaksa digunakan, ia mestilah sesuai dan selamat untuk bas ekspres.

Beliau berkata syarikat pengusaha bas juga tidak boleh berkompromi tentang harga alat ganti tulen yang dilihat lebih mahal kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna.

"Menjadi tanggungjawab syarikat untuk tentukan alat-alat penyelenggaraan dan alat-alat yang hendak digunakan dalam bas bukan alat yang tiruan, ia mestilah alatan yang asli.

"Kalau tidak ada alat asli, alat ganti tu mestilah yang sesuai dengan apa yang diperlukan oleh bas itu. Jangan main bubuh saja kerana ia boleh membawa kesan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini, Rabu.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia Datuk Zainal Rampak semalam bahawa kecenderungan syarikat bas menggunakan alat ganti tiruan menjadi punca banyak bas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Mengenai cadangan mengharamkan penggunaan bas dua tingkat untuk perjalanan jauh, Syed Hamid berkata ia patut dilaksanakan sekiranya laporan siasatan bagi kemalangan terbaru membabitkan bas jenis itu di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai baru-baru ini membuktikan ia tidak selamat.

"Biar kita tunggu laporan, kerana ada pendapat bahawa high decker atau double decker bas tidak sesuai untuk muka bumi kita atau kawasan-kawasan tinggi. Ini semua kita akan kaji bersama-sama laporan yang akan dikeluarkan," katanya.

Mengenai Stesen LRT Sri Rampai bernilai RM40 juta itu, Syed Hamid berkata pembinaannya bermula pada 1996 tetapi ditangguhkan setahun selepas itu berikutan kekurangan kepadatan penduduk dan kawasan sekitar yang masih belum membangun.

Ekoran daripada pertambahan penduduk serta kesesakan yang berlaku di Stesen Wangsa Maju, pembinaan stesen itu disambung semula pada September 2008 dan mula beroperasi pada Jumaat lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan