ADUN Nangka Nafi Berundur

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menafikan khabar angin yang beliau akan berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang berikutan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu Mei lepas.

DUN Nangka terletak dalam Parlimen Sibu.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata beliau bersedia mempertahankan kerusi yang disandangnya selama tiga penggal itu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad sama ada beliau akan bertanding terletak di tangan pucuk pimpinan BN.

Mengulas lanjut beliau berkata, "Itu hanya satu khabar angin yang tidak berasas. "Jika saya diberikan tanggungjawab, saya siap sedia mempertahankan kerusi Nangka," katanya kepada pemberita, pada Selasa.

Sebelum itu, Awang Bemee, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA) menyampaikan pingat emas dan sijil penghargaan kepada 45 petugas yang bersara pada tahun ini pada satu majlis tahunan di pejabat KPA di sini.

Awang Bemee, 51, mula bertanding di kerusi DUN Nangka pada tahun 1996 dengan memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding manakala pada tahun 2001, beliau menang dengan majoriti 7,020 undi.

Beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 2006 dengan 4,815 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan